RENUNGAN BERSAMA

Bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan besar kepada pengusaha.Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya ).” - (Surah al-Mulk, ayat 15)
Besarnya faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah fardu kifayah kerana ia bukan saja untuk kepentingan agama tetapi memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup manusia sejagat di dunia ini.

Justeru, umat Islam diseru supaya memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai sumber perniagaan kerana nyata memberi keuntungan, manfaat kepada manusia sejagat dan memperluaskan pengeluaran makanan halal dunia.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.” (Surah Al-Maidah, ayat 88)


Tuesday, June 1, 2010

Monday, May 31, 2010